♥ @zM@r ♥

♥ @zM@r ♥

Friday, October 17, 2008

Kekayaan, Kejayaan dan Kasih Sayang

Kisah "Kasih Sayang", "Kejayaan" dan "Kekayaan".Seorang wanita sedang keluar dari rumahnyaapabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggutpanjang danberwarna putih sedang dudukdihalaman rumahnya.. Dia tidak kenal akan mereka.Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenalianda semua,tetapi saya pasti awak semua mestisedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya danmakan sesuatu.""Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya."Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar.""Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu,wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut."Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik danmenjemput mereka masuk ke dalam sekarang!Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelakitua itu masuk ke dalam."Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama"mereka menjawab "Mengapa begitu?" wanita itu ingintahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan:"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjukkearah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan,dan saya adalah Kasih Sayang."Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak,siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemputke dalam rumah. "Wanita itu pun masuk semula ke dalamdan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminyaberasa sungguh gembira."Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlahKekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kitadengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju."Abang, kenapa pula kita tidak menjemputKejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka jugasedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumahyang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikanpandangannya:"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput KasihSayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi denganKasih Sayang!""Biarlah kita mengikut nasihat menatu kita tu," katasuami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamukita."Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelakitua, "Yang mana satu diantara kamu adalah KasihSayang? Silalah masuk dan tetamu kami."Kasih Sayangbangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dualelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat,wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan:"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamujuga ikut sekali?"Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samadaKekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar,tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang,kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergibersamanya.Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga adaKekayaan dan Kejayaan!"

No comments: